Profail

MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH

TELUK IBAI, KUALA TERENGGANU


OBJEKTIF

Menjadikan tempat beribadah yang selesa, indah, dan harmoni
Membentuk jemaah yang beriman dan bertaqwa

FUNGSI

Menyediakan tempat beribadah yang selesa
Menyediakan program pembelajaran dan pendidikan
Menyediakan perkhidmatan kebajikan dan sosial
Menyediakan kemudahan mendapatkan sumber ilmu
Menyediakan perkhidmatan penerangan

VISI

Membentuk sebuah masyarakat yang kuat pegangan imam agar terhijab dari gejala sosial
Memupuk kefahaman dan kesedaran ke arah pengamalan serta penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

MISI

Membangunkan keperibadian ummah berdasarkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akhlak Islamiyyah
Membentuk individu dalam keluarga dan masyarakat ke arah kesejahteraan ummah



PIAGAM PELANGGAN MASJID

بسم الله الرحمن الرحيم

IMARATUL MASJID

Kami Pegawai dan Jawatankuasa berjanji mengimarahkan rumah Allah ini dengan :
1. Memastikan suara azan berkumandang dan solat berjemaah didirikan pada setiap waktu solat.
2. Berusaha menjadikan masjid ini tempat ibadat yang selesa, bersih, kemas, damai, dan menarik merangkumi dewan solat, peralatan, perabut, bilik pegawai, stor, bilik air, tempat wudhu' peparit, halaman, dan landskap.
3. Berusaha mengadakan dan memajukan majlis-majlis ilmu, kelas-kelas bimbingan dan kemahiran, ceramah,  majlis-majlis kebesaran agama seperti Ma'al Hijrah, Maulid, Isra' Mi'raj, dan memajukan mini perpustakaan.
4. Sentiasa mengimarahkan dan menguruskan masjid dengan ikhlas termasuk berjemaah di masjid, mengadakan mesyuarat dengan kerap, menyediakan penyata kewangan bulanan dan tahunan, mematuhi giliran bertugas, sentiasa berlapang dada dan meningkatkan kemahiran.
5. Berusaha memupuk persaudaraan dan perpaduan dengan mengadakan ziarah ke rumah-rumah terutama yang bermasalah, mengambil tahu, prihatin, dan melahirkan kemesraan kepada setiap anak mukim dan pengunjung masjid.
6. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anak mukim seperti pusat maklumat setempat, tempat majlis akad nikah, pengurusan dan solat jenazah, peralatan jamuan, khidmat nasihat, kutipan/agihan zakat, dan sebagainya.